Tentang BYOND

Tentang BYOND

BYOND merupakan syarikat latihan dan konsultansi yang memfokuskan kepada pembangunan bisnes kecil di Malaysia. Misi kami adalah untuk memperkasa dan membantu usahawan bagi mencapai misi ‘Automate and Grow’ melalui latihan berbentuk kelas, program dan mentoring secara intensif selama setahun. Syarikat dan usahawan yang telah dibantu akan melihat perubahan dalam bisnes melalui segenap aspek termasuk jualan, automasi, simpanan, perkembangan, dan pelaburan.

Abdul Basit
Chairman, Byond Group of Companies
Kenapa Usahawan Memilih Byond

Misi untuk 'Automate & Grow' Bisnes

BYOND telah melatih dan mencungkil potensi lebih daripada 70,000 orang usahawan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia dalam tempoh 8 tahun (bermula 2015). Pengalaman ini yang kami garap dan kami adun dalam setiap framework, structure, module, strategi dan teknik untuk dikongsi kepada umum.

“Kami percaya bisnes itu adalah sebuah perjalanan“

Di BYOND, kami percaya bisnes itu adalah sebuah perjalanan.Bisnes mempunyai fasanya yang tersendiri dan didalam setiap fasa itu mempunyai cabarannya yang berbeza. Pengalaman jatuh bangun dalam membangunkan bisnes telah mematangkan kami dalam menghasilkan framework dan ecosystem bisnes yang terbukti berjaya. Perjuangan kami adalah untuk memerdeka bangsa usahawan daripada terus melekat dan terangkap dalam bisnes sendiri serta mencipta satu paradigma (batas pemikiran) baru yang mampu melonjakkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi. Perjuangan ini kami gelar sebagai misi ‘Automate and Grow Your Business’.
Value #1
Responsible
Setiap warga kerja bertanggungjawab dan komited untuk membantu serta mencapai visi Byond.
Value #2
Innovative
Setiap warga kerja mencari solusi serta perancangan yang terbaru dan inovatif dalam setiap tugasan.
Value #3
Synergy
Setiap warga kerja berganding bahu untuk mencapai sesuai visi dan objektif.
Value #4
Excellent
Kami mementing ‘quality above quantity’ dalam menjayakan visi dan membantu pelanggan.